About us




PENGENALAN

Perniagaan ini berasaskan idea kreatif, yang akan membolehkan pelanggan bebas untuk melahirkan idea kreatif mereka. Jesteru itu, mereka juga boleh mendapatkan nasihat daripada pihak kami agar kehendak yang diingini dapat dipenuhi. Sebagai langkah permulaan, kami telah memulakan pernigaan ini melalui ahli keluarga, rakan-rakan, dan secara online. Selain itu, kami juga mengambil tempahan dari jumlah yang sedikit sehingga jumlah kuantiti yang  lebih besar. Buat masa ini tempat operasi adalah di rumah sahaja kerana ia tidak memerlukan ruang  yang terlalu besar dan peralatannya juga hanya kepingan fabrik dan beberapa peralatan untuk menjahit seperti pelbagai warna benang, jarum, gunting dan peralatan lain. Tambahan pula, perniagaan ini masih baru dan modal perniagaan juga masih terhad.
MieWey Homemade Craft  ini lebih menjurus kepada perniagaan secara online. Kenapa saya pilih perniagaan secara online?. Ini  kerana sebelum memulakan perniagaan ini saya telah membuat beberapa pemerhatian dan mendapat pandangan daripada internet dan orang ramai bagaimana untuk memulakan perniagaan yang memerlukan kos yang rendah dari segi pemasaran, pengiklanan, dan efisyen dan efektif. Setelah beberapa tempoh yang telah diambil dengan maklumat yang telah saya peroleh, maka ini adalah langkah permulaan yang paling sesuai bagi peniaga yang masih baru seperti perniagaan saya. Selain itu, secara online adalah flatform bagi kami mengembangkan pasaran perniagaan kerana jaringan sosial lebih meluaskan dan tidak terhad, malah banyak maklumat ssecara maya yang boleh saya peroleh selain daripada mendapatkan maklumat secara bersemuka. Ini bukanlah untuk mencari jalan mudah tetapi masyarakat pada masa kini sudah mula mempercayai pernigaan secara online.